Foto Instagram Nur Shahida.

KUALA LUMPUR – Selepas usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri dilaporkan positif Covid-19, kini isterinya, Datin Shahida pula disahkan positif jangkitan virus tersebut.

Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd. Rashid berkongsi berita duka tersebut menerusi Instagram miliknya, semalam.

“Ramai menanti. Baru dapat keputusan petang ini, kontak rapatkan, saya pun positif juga.

“Alhamdulillah anak-anak semua sihat. Doakan saya cepat sembuh,” tulisnya yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Sementara itu, Shahida turut memuat naik surat rasmi dari klinik yang mengesahkan dia positif Covid-19.

Malah terdapat pengikutnya menjelaskan kesan virus atau CT value yang dimiliki oleh Shahida adalah rendah bermakna jangkitannya masih baharu dan mampu menjangkiti orang lain.

Semalam, suaminya, Aliff Syukri telah diselar ibunya sendiri, Bonda Rozita Ibrahim apabila membuat naik hantaran meraih simpati orang ramai selepas dirawat di hospital kerana positif Covid-19 tahap tiga.

Rentetan daripada hantaran ibunya itu, ramai menyangka Aliff sengaja membuat gimik sehingga memaksanya membuat penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.

“Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital empat sehingga lima hari yang lepas dan sekarang masih di wad hospital di Damansara, Selangor.

“Bukan sekadar gimik ya, memang saya tak nak beritahu sesiapa waktu saya tengah lemah sangat, kini sudah beransur pulih barulah saya muat naik video tersebut,” kata Aliff yang dirawat di sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast