Datuk Ramli Mohamed Yoosuf meninjau keadaan di PPS Penjara Penor hari ini

KUANTAN – Mangsa banjir di Pahang semakin berkurangan dengan 2,489 orang ditempatkan di 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohamed Ramli berkata, tinjauan di PPS sekitar menunjukkan terdapat mangsa banjir yang boleh pulang ke kediaman masing-masing berikutan air bah yang semakin surut.

“Kemungkinan besar PPS akan ditutup bermula esok jika keadaan cuaca semakin baik tanpa hujan lebat.

“Ada sebahagian anggota keluarga pulang melihat keadaan rumah dandan apabila semua selamat boleh bawa pulang ahli keluarga,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tinjauan MalaysiaGazette di Dewan Penjara Penor, di SK Ubai, Dewan Kampung Semangat mendapati mangsa banjir semakin berkurangan dan mula membuat persiapan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Semalam lebih 5,000 orang ditempatkan di 41 PPS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast