Omicron Covid-19 variant Malaysia case Minister of Health, Khairy Jamaluddin Abu Bakar at a news conference on the latest development of Covid-19 in Malaysia. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 01 DECEMBER 2021.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Dua lagi kes Covid-19 disahkan varian Omicron semalam, menjadikan jumlah keseluruhan varian itu meningkat kepada 64 kes setakat ini, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut Menteri Kesihatan, sebanyak 32 daripada 64 kes daripada varian tersebut adalah dalam kalangan jemaah umrah.

“Sebanyak 63 daripadanya melibatkan pengembara dan satu kes disyaki jangkitan tempatan,” katanya ketika sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Hadir ketika sidang media itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu kata Khairy, sehingga Khamis yang lalu seramai 1,306 daripada 11,108 jemaah umrah telah dikesan positif Covid-19.

“Daripada jumlah tersebut, 592 dikesan positif pada ujian pertama semasa hari ketibaan di Malaysia dan 714 kes dikesan positif Covid-19 pada ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin,” tambahnya.

Selain itu katanya, sembilan kluster yang dikenal pasti sehingga Khamis yang lalu melibatkan jangkitan jemaah umrah.

“Lima kluster melibatkan kes-kes indeks yang disahkan varian Omicron; Satu kluster melibatkan kes indeks Presumptive Omicron – menunggu keputusan Whole Genomic Sequencing (WGS).

“Tiga kluster melibatkan kes-kes indeks positif Covid-19 yang bukan varian Omicron,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast