TEMERLOH – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM5 juta bagi pembelian bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam persediaan menghadapi banjir gelombang kedua.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembelian aset itu akan memastikan kelancaran dalam misi menyelamatkan mangsa banjir.
“Kerajaan sudah luluskan RM5 juta untuk tentera dan polis beli bot baru mereka bagi siap siaga gelombang kedua.
“Bagi Negeri Pahang sudah bersedia awal, bukan sahaja bermesyuarat sejak Ogos, malahan bulan Oktober ada sesi latihan menyelamat,” katanya pada sidang media selepas majlis Penyampaian Misi Bantuan Keluarga Malaysia di Dewan MTP Datuk Bahaman Lanchang, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan meneliti semula sama ada perlu membelikan bot terutama kepada penduduk di tepi sungai atau sebaliknya sebagai apternatif dalam menyelamatkan diri dan keluarga terlebih dahulu.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan meneliti semula sama ada terdapat keperluan membeli bot terutama kepada penduduk di tepi sungai atau sebaliknya.
“Kalau banjir berlaku , keluarga terjejas tidak perlu tunggu bomba dan tentera datang, menyelamat sama mereka sendiri,” ujarnya. – Malaysiagazette















