Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir setakat pukul 3 petang tadi.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dijangkiti wabak itu meningkat kepada 451 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, tiada pertambahan kluster baharu dikesan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) dan jumlah individu yang dijangkiti di PPS juga kekal 15 kes.

“Sebanyak tujuh kes penyakit berjangkit dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (semasa empat kes/kumulatif 1,189 kes), penyakit kulit (semasa dua kes/kumulatif 525 kes), acute gastroenteritis (semasa satu kes/kumulatif 239 kes),” katanya menerusi kenyataan harian Covid-19.

Jelas Noor Hisham, sebanyak 86 PPS masih beroperasi membabitkan Pahang sebanyak 41 PPS, Johor (19), Negeri Sembilan (10), Kelantan (5), Melaka (5), Terengganu (4), dan Sabah (2). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast