Tuan rumah Getafe mengejutkan pendahulu la liga Real Madrid dengan menang 1-0 dalam aksi La Liga.-Gambar BBC Sports.

MADRID – Pendahulu Liga Liga Sepanyol, Real Madrid kalah mengejut 1-0 kepada Getafe dalam aksi La Liga pagi tadi.

Los Blancos yang bertandang ke tempat Getafe dikejutkan tuan rumah dengan gol tunggal pada awal minit kesembilan.

Gol kemenangan itu dijaringkan oleh Enes Unal.

The Galacticos mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi Loka Modric namun rembatan kencang bintang tengah itu melantun melepasi palang gol lawan.

Real kendalian Carlos Ancelotti menguasai bola di atas padang di separuh masa pertama bagaimanapun gagal mencari gol penyamaan dalam aksi itu.

Modric sekali lagi mendapat peluang menyamakan kedudukan bagaimanapun sepakan kaki kiri dari dalam kotak penalti terkena palang gol lawan.

Real terus memberi tekanan di gawang lawan pada separuh masa kedua dan hampir membuka gol penyamaan menerusi Casemiro tetapi berjaya diselamatkan oleh pengaga gol Getafe, Soria.

Kekalahan itu menyaksikan Real kekal di tangga teratas carta dengan 46 mata selepas mengharungi 20 perlawanan, manakala Sevilla dengan 38 mata di tempat kedua selepas 18 perlawanan setakat ini. – BBC Sport.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast