Empat sungai di Pahang lepasi paras bahaya.

KUANTAN –  Perkembangan terkini di Pahang menunjukkan peningkatan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada 56 buah menempatkan 2,764 mangsa banjir daripada 797 keluarga sehingga 6 petang tadi.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding pada 12 tengah hari tadi hanya 54 PPS dibuka melibatkan 2,252 mangsa dengan 670 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A. Rahman berkata, sembilan daerah terlibat iaitu Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Bentong, Raub, Rompin dan Kuantan.

Sembilan jalan ditutup melibatkan lapan daerah iaitu Jalan Sungai  Lembing di Kuantan, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan (Maran), Jalan Kuantan- Segamat (Pekan).

Turut ditutup Jalan Ulu Dong (Raub), Jalan Kuala Lipis – Jerantut (Jerantut), Jalan Temerloh – Jerantut, Jalan Paya Luas – Perlok (Temerloh) dan Jalan Bentong – Gua Musang (Lipis) dan Jalan Southern Loop.

Manakala empat sungai berada pada tahap waspada, tujuh paras amaran dan satu sungai menunjukkan peningkatan dan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lubuk Paku di Maran.

Justeru Che Adam menasihati penduduk yang berada di kawasan rendah atau mula ditenggelami air segera berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini. – MalaysiaGazette