Tangkap layaar sebelah kanan adalah posting asal KKM.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjelaskan berhubung  dakwaan kesilapan terjemahan air kosong kepada empty water dalam hantaran di Facebook miliknya yang ditangkap layar dan tular baru-baru ini.

Menurutnya, kesilapan itu sebenarnya berpunca daripada telefon bimbit pengguna yang mengaktifkan auto translate text Facebook.

KKM menjelaskan, sebaran tangkap layar itu tidak menggambarkan posting asal poster tersebut.

Ini kerana hantaran asal adalah dalam bahasa Malaysia dan bukannya bahasa Inggeris.

Keadaan itu menyebabkan perkataan air kosong diterjemahkan secara automatik kepada empty water dalam telefon pengguna terbabit.

Bagi mengelakkan kekeliruan, KKM meminta kerjasama khalayak untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada fungsi terjemahan auto memandangkan ia memberi penjelasan tidak tepat.

KKM berharap penjelasan ini dapat memperbetulkan salah tanggapan dan kekeliruan yang ditilbul berhubung isu terjemahan air kosong kepada empty water yang tular.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut memberi penjelasan yang sama.

Katanya,  salah faham ini berlaku apabila seseorang menggunakan fungsi terjemahan di Facebook menyebabkan perkataan air kosong diterjemah kepada empty water.

Terjemahan itu, dakwanya kemudian ditularkan untuk memalukan KKM.

“Fikir sebelum anda berkongsi sesuatu seperti ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast