revocation Emergency Ordinance legal firms Minister at Prime Minister's Deparment, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. Parliament sitting emergency period legal firms lawyers essential services total lockdown FMCO The special National Security Council (MKN) meeting yesterday has allowed lawyers who need to represent their clients to face new charges, remand arrests and various criminal application to go to the court
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas menyambut baik langkah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang secara terbuka memberikan penjelasan mengenai tuduhan terhadapnya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tuduhan pelbagai pihak termasuk agensi media dan portal bebas terhadapnya berkaitan dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat sudah terjawab.

Beliau menyifatkan, langkah yang diambil oleh Azam dengan memberi penjelasan itu amat tepat kerana ia berkaitan dengan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguat kuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini.

“Kenyataan terbuka Azam yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpama itu.

“Isu itu sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat sekali gus untuk menggugat kestabilan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Rabu lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dilaporkan berkata, pihaknya tidak menemui sebarang perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan daripada pihak Azam.

Kata beliau, ini kerana saham yang dimiliki Azam digunakan oleh adiknya, Nasir Baki, dan Azam tidak mempunyai sebarang kepentingan kewangan atau benefisial ke atas pembelian atau pemilikan saham berkenaan.

Menurut Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Pas Kota Bharu, parti itu yakin pihak berkuasa akan meneliti kenyataan tersebut dan menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Wah! Nafikan jaa dah selesai? Ni kes jenayah laa…kalau setakat nafi, semua org boleh nafikan…

Comments are closed.