Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR РSatu kluster Covid-19 yang direkodkan hari ini di Gerik, Perak, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikutan itu, jumlah keseluruhan kluster sehingga kini adalah 6,159, ujarnya.

“Jumlah kes baharu 1 kluster, jumlah kluster yang telah tamat 5,987 dan jumlah kluster aktif 172,” kata Noor Hisham dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Hisham menambah, sejumlah 2,714 kes sembuh daripada positif Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,714,614 kes.

terdahulu, Noor Hisham berkata, sejumlah 2,888 kes baharu dikesan sepanjang tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu, 2,565 kes penularan tempatan dikesan dengan 2,480 kes melibatkan warganegara dan 85 bukan warganegara.

“Daripada 2,888 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; 36 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 2,852 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” jelasnya.

Katanya, sejumlah 323 kes import dimaklumkan merangkumi 287 warganegara dan 36 bukan warganegara.

Noor Hisham berkata, sebanyak 248 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 117 kes lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Katanya, sejumlah 15 kes positif Covid-19 masih dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa-mangsa banjir.

Bagaimanapun tiada kes baharu dikesan di PPS.

“Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 3,949 orang; jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini); jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir – 469 kes (Tiga (3) kes baharu hari ini),” jelas Noor Hisham. – MalaysiaGazette