NEW YORK – Sekurang-kurangnya 19 orang, termasuk sembilan kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah pangsapuri dekat sini.
Sementara 32 orang lagi dikejarkan ke hospital dengan beberapa mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal, menurut Datuk Bandar New York, Eric Adams.
Pesuruhjaya jabatan bomba, Daniel Nigro berkata, mereka telah menemui mangsa di setiap tingkat blok 19 tingkat itu.
Menurutnya, jumlah kematian yang besar itu adalah paling teruk pernah berlaku di New York dalam tempoh 30 tahun.
Kebakaran ini berlaku selepas beberapa hari kejadian sama menimpa pangsapuri di Philadelphia yang mengorbankan 12 orang, dengan lapan kanak-kanak antara yang maut.
Kebakaran ini membabitkan tingkat dua dan tiga blok pangsapuri Bronx pada kira-kira 11pagi waktu tempatan.
Kira-kira 200 anggota bomba bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran, yang mana kejadian itu dipercayai dicetuskan oleh pemanas elektrik yang tidak berfungsi.
Pesuruhjaya Nigro berkata, terdapat dua tingkat yang terbakar menyebabkan api merebak dengan pantas.
Menurutnya, pintu rumah pangsapuri yang mula-mula terbakar dikatakan telah dibiarkan terbuka menyebabkan asap merebak dengan cepat ke setiap tingkat.
Pangsapuri yang terbakar ini menjadi penempatan penduduk pendatang Islam besar dan ramai daripada mereka dipercayai berasal dari Gambia. – BBC