Rumah Kasih Keluarga Malaysia Initiative The Minister of Rural Development Datuk Seri Mahdzir Khalid (right) and the Minister of Housing and Local Government Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican at a news conference on the restoration of houses destroyed in floods at the Ministry of Rural Development, Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 10 JANUARY 2022
The Minister of Rural Development Datuk Seri Mahdzir Khalid (right) and the Minister of Housing and Local Government Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican at a news conference on the restoration of houses destroyed in floods at the Ministry of Rural Development, Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 10 JANUARY 2022. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bercakap pada sidang media mengenai pembaikan rumah pasca banjir di Bangunan KPLB, Presint 4, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 10 JANUARI 2022.

PUTRAJAYA – Setakat ini sebanyak 7,724 rumah mangsa-mangsa banjir akan dibaik pulih dan 110 rumah lagi akan dibina baharu oleh  Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Kerja-kerja itu akan menggunakan peruntukan RM100 juta yang kini dikenali sebagai Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Inisiatif yang melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah pun bermula pada Sabtu lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, angka itu tidak statik sebaliknya dinamik kerana memandang banjir masih berlaku di Johor dan baru bermula di Sabah.

“Perdana Menteri telah mengingatkan agar kerja-kerja inisiatif ini bermula segera dan jangan berlengah untuk membantu mangsa banjir.

“Justeru kami di dua kementerian akan memastikan tiada mangsa banjir akan dibiarkan dan ketinggalan belakang dalam usaha memulakan kehidupan selepas pasca banjir,” katanya pada sidang media pengumuman Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bercakap pada sidang media mengenai pembaikan rumah pasca banjir di Bangunan KPLB, Presint 4, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 10 JANUARI 2022.

Reezal Merican menambah, pihaknya telah mencadangkan kepada Kabinet bagi memperkenalkan baucar sewa kepada mangsa banjir yang mana rumah mereka akan dibina baharu.

Jelas beliau, ia bagi mengurangkan beban golongan itu yang terpaksa membayar sewa rumah lain ketika menantikan rumah asal siap dibina.

“Bagi Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysiaini , mangsa banjir boleh memohon inisiatif itu menerusi Pejabat Daerah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertindak sebagai pihaknya yang menentu rumah yang akan dibina baharu dan baik pulih.

“Manakala KPKT dan KPLB hanya menyalurkan bantuan untuk rumah-rumah terlibat,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, kementeriannya akan membaik pulih sebanyak 1,879 akan dibaik pulih dan 156 rumah dibina baharu berdasarkan data terkini.

Beliau berkata, inisiatif itu akan dilaksana agensi termasuk Giat Mara,Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dengan kontraktor tempatan akan diutamakan.

“Kementerian telah menerima data mangsa banjir yang terjejas daripada kerajaan negeri dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Sebanyak 1,879 rumah untuk dibaik pulih dan 156 bina baru telah dikenal pasti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast