Polis mengesahkan seramai 17 terkorban dalam kebakaran pangsapuri di Twin Park di sini semalam.- Gambar _gettyimages.

NEW YORK – Polis mengesahkan seramai 17 terkorban dalam kebakaran pangsapuri di Twin Park di sini semalam.

Sejumlah 63 daripadanya tercedera dan 32 lagi  dibawa pergi ke hospital termasuk lapan kanak kanak manakala beberapa mangsa lain dalam keadaan kritikal.

Menurut media Amerika Syarikat (AS), mangsa-mangsa yang terkorban termasuk dua orang kanak-kanak yang berumur  lima dan 11 tahun manakala kanak kanak lain berumur 4,6 dan 12 tahun.

Ahli penyiasat berkata, alat pemanas ruang yang tidak berfungsi merupakan punca berlaku kebakaran.

Kira-kira 200 anggota bomba dihantar untuk memadamkan kebakaran dan mereka menemui mangsa di setiap tingkat di pangsapuri berkenaan.

Kebakaran berlaku di tingkat dua dan tingkat tiga tetapi asap merebak ke seluruh tempat.

Presiden Bronx Borough, Vanessa Gibson berkata, kejadian merupakan kebakaran terbesar dalam masa 30 tahun dan berazam mahu membina kawasan itu semula.

“Kami tabah dan kami akan mengubah kesakitan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar, Eric Adams berkata, ini merupakan tragedi global.

Adam menyeru mangsa terjejas mendapatkan bantuan tanpa mengira status sama ada mereka pendatang asing dan berjanji maklumat peribadi mangsa tidak akan dihantar kepada pihak imigresen.

Kawasan Bronx di mana kejadian kebakaran itu merupakan tempat golongan pendatang manakala mangsa lain yang terjejas dipercayai orang asal yang datang daripada Gambia ke AS.- Agensi