David Sassoli. foto EPA

AVIANO – Presiden Parlimen Eropah, David Sassoli dimaklumkan meninggal dunia pada usianya 65 tahun.

Bekas wartawan Itali itu sakit tenat sejak lebih dua minggu dan membatalkan semua aktiviti rasmi.

Sassoli telah dimasukkan ke hospital di Itali bulan lalu kerana komplikasi serius berkaitan dengan sistem imunnya.

Dia meninggal dunia pada awal pagi Selasa di sebuah hospital di Aviano, jurucakapnya, Roberto Cuillo, mengumumkan di Twitter.

Pada bulan September, Sassoli telah dibawa ke hospital di Strasbourg, di mana beliau menerima rawatan radang paru-paru.

Dia kemudian menyambung semula tugas politiknya pada bulan November.

Undian untuk memilih penggantinya telah pun dirancang diadakan pada akhir bulan ini selepas Sassoli menyatakan tidak akan bertanding semula.

Bekas pembaca berita televisyen itu menjadi Presiden Parlimen Eropah yang mempunyai 705 kerusi pada Julai 2019. – BBC