Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Lima lelaki dicekup polis kerana disyaki terlibat dalam kes samun melibatkan seorang anggota tentera di sebuah rumah di Persiaran Pandan 3, Pandan Jaya, dekat sini, pada 28 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pengadu yang merupakan seorang lelaki warga tempatan memaklumkan, terdapat tiga lelaki yang dikenalinya telah datang ke rumah kira-kira pada pukul 11.30 malam.

“Apabila pengadu membuka pintu gril pintu utama, ketiga-tiga lelaki terbabit bertindak menarik badannya dan memukul bahagian badan serta kepada pengadu dengan menggunakan tangan.

“Suspek turut merampas telefon bimbit dan jam tangan milik pengadu sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, lima suspek berusia lingkungan 24 hingga 39 tahun kemudiannya ditahan menerusi beberapa siri tangkapan di sekitar Selangor dan ibu negara semalam, di antara pukul 4 hingga 5 pagi.

Jelas beliau, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipercayai digunakan ketika kejadian samun berserta sebuah telefon bimbit dan jam tangan milik pengadu.

Katanya, hasil semakan turut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 18 Januari depan,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak berkumpulan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan. – MalaysiaGazette