KUALA LUMPUR – Pasangan beregu lelaki negara berjaya menempatkan diri ke perlawanan separuh akhir dalam kejohanan badminton Terbuka India 2022 hari ini.

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menewaskan beregu dari India, Ishaan Bhatnagar-Sai Prateek K dalam perlawanan straight set 21-7, 21-7.

Dalam pada itu, pasangan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei turut menewaskan pasangan India, Venkat Prasad-Juhi Dewangan dengan 21-10 21-13.

Bagaimanapun, kejayaan itu tidak memihak pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Valeree Siow yang tewas straight set dengan beregu dari Rusia Rodion Alimov-Alina Davletova dengan 21-14 21-13.

Turut gagal ke separuh akhir adalah pemain perseorangan lelaki negsara, Lee Shun Yang apabila tewas kepada pemain Finland, Joakim Oldorff dalam set penentuan 19-21 21-14 24-22. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast