Seorang lelaki yang patah kaki dan tangan dikejarkan ke hospital. Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

KUALA LUMPUR – Seramai 12 orang warga asing berjaya diselamatkan selepas tingkat satu bangunan kedai tiga tingkat yang terletak di Taman Melor, Klang terbakar, pagi tadi.

Seorang lelaki dilaporkan patah kaki dan tangan selepas bertindak terjun sebelum bomba tiba.

Mereka yang terselamat itu terdiri daripada lapan lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak.

Seorang mangsa kebakaran di Taman Melor, Klang diberi bantuan pernafasan.

Komander operasi, Aminuddin Che Man berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.42 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Sebaik sahaja tiba, bangunan itu sudah terbakar 80 peratus.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan. – MalaysiaGazette