Mayat lelaki bangsa tak dikenalpasti dikeluarkan dari pokok tepi sungai Kuala selangor oleh bomba pagi tadi.Gambar Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang pemancing udang yang leka memancing di Sungai Kuala Selangor terkejut apabila menemui mayat lelaki yang tersangkut pada ranting pokok di tepi sungai itu.

Ketua Jabatan Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan penemuan mayat itu pada jam 9.31 pagi tadi.

Bertindak atas panggilan itu, pasukan bomba dan jentera telah digerakkan ke lokasi jam 9.33 pagi dan tiba pada jam 11.05 pagi.

 

Mayat lelaki dibawa ke darat  oleh bomba pagi tadi. Gambar Ihsan Bomba Selangor

Mayat itu dipercayai berusia 40-an.

Tambah beliau, dengan bantuan bot nelayan tempatan dan  polis, mayat lelaki itu berjaya dinaikkan di Sungai Kuala Selangor.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan diserahkan kepada polis. – MalaysiaGazette