bunuh diri
Pemuda yang cuba terjun dari Sky Deck Menara KL berjaya diselamatkan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki telah berjaya diselamatkan oleh Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur selepas cubaan terjun dari di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Komander Operasi PBK II, Omar Che Ku, pusat gerakan operasi telah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.11 petang.

“Pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu bersama dua fire rescue tender (FRT), sebuah jentera Aerial Ladder Platform (ALP), dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dan satu kenderaan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 25 anggota.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki berumur 21 tahun melakukan cubaan membunuh diri dengan berdiri di hujung bangunan Sky Deck Menara KL,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian berjaya diselamatkan dengan tindakan pantas anggota menarik mangsa dari belakang pada jam 6.38 petang.

Mangsa telah dibawa ke tempat yang selamat dan kemudian diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast