Sultan Ibrahim (tengah) berkenan menerima mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor yang baharu, Datuk Kamarul Zaman Mamat pada petang tadi di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menerima mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor yang baharu, Datuk Kamarul Zaman Mamat di sini petang tadi.

Kamarul Zaman memulakan tugas secara rasmi hari ini selepas Majlis Serah Tugas daripada Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin yang meneruskan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Johor.

Turut hadir sama pada pertemuan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Pertemuan berlangsung lebih satu jam sebelum baginda  berkenan untuk santapan tengah hari bersama tetamu kehormat.

Terdahulu berlangsungnya majlis serah terima tugas Ketua Polis Johor dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor yang disaksikan Razarudin.- MalaysiaGazette