Kota Tinggi Srikandi Bersatu molest sexual harassment ADUN state Assemblyman
Penagih dadah yang terlelap tidur ketika pecah masuk kedai makan untuk mencuri berjaya dibelasah dan dicekup awam.- Gambar Hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan itu di Balai Polis Kota Tinggi pada pukul kira-kira 11.30 pagi berhubung dakwaan salah laku berkenaan.

“Ya, benar kami ada menerima laporan berkenaan dan ianya masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum itu, laporan polis berkenaan gangguan seksual tersebut tular di media sosial.

Wanita berkenaan dipercayai mendakwa telah diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit beberapa kali.

Dalam laporan polis yang dikongsikan wanita berusia 25 tahun itu mendakwa ejadian pertama pada 2 Januari lalu di mana ahli politik berkenaan cuba memegang tangan kanan dan pahanya di dalam kenderaan dari Kota Tinggi dekat sini dalam misi membantu mangsa banjir.

Menurut laporan itu lagi, kejadian sama berulang ketika dalam perjalanan dari Kuala Sedili ke Kota Tinggi selepsa pulang dalam siri lawatan mangsa banjir.

Ketika itu, mangsa mendakwa diraba di payudara dan wakil rakyat itu cuba memegang paha kiri namun mangsa menepis dan hanya berdiam diri kerana takut.

Mangsa yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu Kota Tinggi memberitahu yang dia juga diganggu sekali lagi pada 13 Januari lalu oleh ahli politik yang sama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast