Seoramg petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas seorang wanita. - Foto Reuters

NEW DELHI – Ibu kota India, New Delhi dan hab kewangan di Mumbai menyaksikan penyusutan besar dalam jangkitan Covid-19 dalam tempoh dua hari lalu dan kebanyakan mereka yang dijangkiti virus itu telah pulih.

Jangkitan baharu harian Mumbai turun di bawah 10,000 semalam buat kali pertama sejak awal bulan ini, selepas mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 20,971 pada 7 Januari lalu.

Ia melaporkan sebanyak 7,895 kes jangkitan lewat semalam.

Kes jangkitan Covid-19 di sini turun secara konsisten sejak mencecah paras tertinggi 28,867 pada 13 Januari dan dijangka kurang daripada 15,000 hari ini, buat pertama kali sejak awal Januari, kata Menteri Kesihatan kerajaan bandar kepada pemberita.

Kedua-dua bandar itu berkata, lebih daripada 80% katil hospital Covid-19 mereka kekal tidak berpenghuni sejak varian Omicron yang merebak pantas hingga membawa kepada lonjakan besar kes sejak awal tahun ini.

“Dengan jumlah kes sub-klinikal, asimtomatik dan tidak dikesan yang sangat besar, adalah sukar untuk menentukan kemuncak kes baharu,” Rajib Dasgupta, Ketua Pusat Perubatan Sosial dan Kesihatan Masyarakat di Universiti Jawaharlal Nehru New Delhi berkata.

Tambahnya, dalam situasi ini, pemantauan kemasukan ke hospital adalah lebih berhemah kerana kes hari ini boleh dimasukkan ke hospital minggu depan.

Pakar epidemiologi lain meramalkan puncak kebangsaan dalam kes boleh tiba pada awal atau pertengahan Februari dan mengaitkan kemasukan ke hospital yang rendah dengan tahap tinggi jangkitan dan vaksinasi terdahulu.

India telah memberi vaksin sepenuhnya kepada kira-kira 70% daripada 939 juta orang dewasanya dan berharap untuk memberikan dua dos utama kepada 70 juta lagi atau lebih remaja menjelang bulan depan. -https://www.reuters.com/world/india/india-reports-258089-new-daily-covid-19-infections-2022-01-17/