Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing bertukar menjadi pembeli bersih pada minggu berakhir pada 14 Januari 2022 menyaksikan aliran masuk berjumlah RM397.85 juta.

Ketika pasaran dibuka semula pada Isnin minggu lepas, pelabur asing dan pelabur runcit masing-masing membeli RM36.82 juta dan RM5.41 juta bersih ekuiti tempatan.

Manakala pelabur institusi pula sebagai penjual bersih sebanyak RM42.23 juta.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah penjual bersih pada setiap hari dalam seminggu.

Aliran masuk terbesar oleh pelabur asing dicatatkan pada hari Selasa sebanyak RM171.58 juta dan aliran masuk terkecil aliran masuk pada hari Jumaat hanya pada RM0.53 juta

Untuk minggu lepas, pelabur institusi adalah penjual aktif. Aliran masuk bersih terbesar adalah pada hari Selasa dan terkecil pada hari Isnin, masing-masing
masing-masing sebanyak RM167.65 juta dan RM42.23 juta

Ia bertentangan dengan trend belian pelabur runcit yang menyaksikan belian bersih kecuali pada hari Selasa (RM3.92 juta), menurut firma penyelidikan itu.

Belian bersih terbesar telah direkodkan pada hari Jumaat sebanyak RM113.64 juta manakala terkecil pada hari Rabu pada RM3.60 juta.

Secara keseluruhan, untuk minggu kedua 2022, pelabur institusi dan pelabur asing kukuh sebagai pembeli bersih masing-masing pada RM132.79 juta dan RM397.85 juta.

Sementara itu, pelabur runcit adalah penjual bersih sebanyak RM530.64 juta.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing mencatatkan pergerakan mingguan sebanyak 18.39%, 41.52% dan 39.54% dalam purata nilai dagangan harian (ADTV). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast