Antara PATI yang berjaya ditemui selamat oleh nelyam tempatan dalam kejarian bot karam  di perairan  Pontian malam tadi.

PONTIAN – Tujuh wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia masih hilang selepas bot dinaiki mereka dikatakan karam dipukul ombak di perairan Pontian di sini malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima  aduan pada jam 10 pagi tadi mengenai penemuan enam mangsa warga Indonesia, disyaki PATI  yang diselamatkan oleh sebuah bot nelayan.

Kesemua PATI diselamatkan pada kedudukan 0.3 barat daya Pontian Besar.

Berdasarkan maklumat awal, bot berkenaan membawa lebih kurang 13 penumpang termasuk tekong telah karam dipukul ombak kuat semasa cuba memasuki Malaysia dan namun dikatakan tujuh lagi mangsa masih hilang di laut.

OP CARILAMAT diaktifkan sekitar jam 10.20 pagi tadi dan Pangkalan HadapanCARILAMAT (PHC) telah ditubuhkan di Jeti Persatuan Nelayan Pontian.

Sementara itu, sebuah pesawat AW139 dan bot KILAT 12 milik Maritim Malaysia telah diaturgerak ke lokasi bagi melaksanakan pemantauan mencari baki mangsa yang hilang, selain mendapatkan bantuan aset daripada agensi lain bagi membantu OP CARILAMAT ini.

Kesemua enam mangsa yang terselamat telah dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut.- MalaysiaGazette