Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17 kluster baharu Covid-19 dikesan dan menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 188 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian baharu pula mencatatkan 3,245 setakat dilaporkan sehingga tengahari tadi.

“Sebanyak 39 kes atau 1.2 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 3,206 kes atau 98.8 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes sembuh yang direkodkan pula adalah 3,093 kes,” katanya dalam kenyataan di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Dr. Noor Hisham menambah, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi adalah 183 kesĀ  di mana 128 kes disahkan Covid-19; 55 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 84 kes d i mana 52 kes disahkan Covid-19; 32 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette