Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,245 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari ini, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 2,362 kes jangkitan virus terbabit yang dilaporkan semalam.

Menurut beliau, perkembangan terbaharu menjadikan sebanyak 2,813,934 kes jangkitan virus berkenaan dilaporkan di negara ini setakat ini.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya di hantaran Facebook miliknya hari ini. – MalaysiaGazette