Pengasas Harqis Empire, Nur Saidatul Akma Jamaruddin (kiri).

KUALA LUMPUR – Bagi usahawan, Nur Saidatul Akma Jamaruddin, 31, terdapat hikmah di sebalik Covid-19 kerana syarikatnya, Harqis Empire Sdn. Bhd. berjaya mencatat jualan luar biasa sebanyak RM16 juta tahun lalu.

Justeru pada tahun ini, beliau menyasarkan unjuran pendapatan sebanyak RM25 juta pada tahun ini berdasarkan permintaan rangkaian produknya yang dijangka meningkat.

Kata ibu kepada dua anak itu, unjuran tersebut ditetapkan berdasarkan permintaan peniagaan menerusi dalam talian yang semakin berkembang pada masa ini.

Jelas beliau, pelbagai langkah akan diambil dengan mempergiatkan aspek pemasaran menggunakan pelbagai medium terutama media sosial.

“Fasa pandemik Covid-19 sebelum ini benar-benar memberi kesan kepada perniagaan kami, namun, kita beralih kepada cara perniagaan pada masa itu dengan memberi fokus 100 peratus dalam talian. Alhamdulilah ia berjaya sehingga meningkat tiga kali ganda.

“Malah, kami turut menerima sambutan apabila lebih 3,000 stokis dan agen kini bersama-sama kami untuk memastikan unjuran dapat dicapai pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Harqis Empire ditubuhnya pada 2019 dan kini mula berkembang menerusi rangkaian produk keluarannya yang semakin menjadi pilihan ramai.

Ketika ini, syarikatnya menjual pelbagai produk kesihatan seperti XS Perfect Caramel Cappucino, XS Perfect Hazelnut Latte serta XS Perfect Chocolate yang menjadi pilihan utama pelanggan.

Produk XS Perfect ini berfungsi membantu mengurangkan berat badan, mengawal selera makan dan melawaskan pembuangan dan terbaharu mereka muncul dengan produk jenama Harqees untuk penjagaan dalaman lelaki dan wanita.

Sementara itu, Nur Saidatul Akma berkata, walaupun menempuh cabaran pandemik selama dua tahun, syarikatnya mengekalkan momentum jualan dalam talian sekitar 80 peratus sepanjang pandemik.

“Trend peningkatan ini berkait rapat dengan senario penggunaan telefon yang tinggi memandangkan ramai pembeli yang banyak menghabiskan masa ketika pandemik di rumah,” ujarnya. – MalaysiaGazette