Pemilik bengkel MCO Workshopedia, Wan Mohd Fazli Wan Ghazali gigih melakukan kerja-kerja membaiki kereta yang rosak akibat banjir ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 30 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menambahbaik pelaksanaan inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan telah dibaiki di bengkel tidak berdaftar.

Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk bengkel Ttidak berdaftar boleh dibuat secara dalam talian mulai esok, 19 Januari 2022 di portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan LHDNM berhampiran.

Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia http://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sebelum ini, kerajaan telah mewujudkan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia sehingga RM1,000 kepada warganegara mangsa banjir untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan
Automotif Keluarga Malaysia.

Senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemaskini sepanjang tempoh pelaksanaan.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin. – MalaysiaGazette