Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Rakyat yang sedang susah dan terdesak tidak berminat dengan alasan teknikal dasar monetari negara kerana mereka tahu Akta KWSP 1991 membenarkan kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila pencarum berdepan dengan krisis kehidupan seperti hari ini.

Lantaran itu, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berharap Menteri Kewangan janganlah mengelirukan rakyat.

Sebagai contohnya, walaupun anggaran pengeluaran wajib pencarum mencecah RM34 bilion setahun, tetapi caruman wajib yang diterima oleh KWSP pada tahun ini (2022) juga dianggarkan mencecah RM70 bilion (memgambil kira unjuran data daripada Tengku Zafrul sendiri)

Maka masih wujud lebihan tunai sebanyak RM36 bilion, jelas Ketua Pemuda UMNO itu.

“Jadi apa masalahnya jika tuntutan i-Citra 2.0 ini dipenuhi memandangkan anggaran jumlahnya cuma sekitar RM25bilion hingga RM30bilion sahaja?

”Ia tidak melibatkan apa-apa kecairan di pasaran modal atau memerlukan KWSP menjual apa-apa aset di luar negara yang merupakan sebahagian daripada aset KWSP berjumlah RM988.55 bilion,” ujar beliau.

Begitu juga alasan Tengku Zafrul bagi menolak cadangan melaksanakan Unconventional Monetary (Policy Dasar Monetari Bukan Konvensional), walhal idea ini telah diaplikasikan oleh banyak negara dan terbukti dapat memperbaiki ekonomi negara-negara Eropah ketika krisis kewangan 2009.

Selain itu, Asyraf menambah, pihaknya telah pun memberi pelbagai solusi, cadangan penyelesaian dan alternatif untuk mengembalikan dana yang dikeluarkan (replenish).

Tegas beliau, UMNO tidak mahu menghabiskan masa melakukan perdebatan di media sosial kerana lebih baik masa yang ada ini digunakan oleh Tengku Zafrul untuk mencari jalan bagi membolehkan pengeluaran dapat dibuat dan mandat KWSP dapat dilaksanakan.

”Kita boleh adakan sesi debat lain di antara saya dan Tengku Zafrul untuk beri keadilan kepada rakyat yang sedang menunggu dan berharap.

”Tetapi kehendak dan keperluan rakyat mesti diutamakan. Janganlah mengeluh kononnya KWSP perlu menjual saham sedangkan rakyat sudahpun menggadai pelbagai tanggungan demi meneruskan kehidupan,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast