Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kematian akibat jangkitan Covid-19 menurun kepada sembilan kes semalam, terendah┬ásejak April tahun lalu.

Dalam masa yang sama rekod semalam juga menunjukkan  tiada kes meninggal dunia sebelum dirawat di hospital.

Perkembangan terkini ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus berkenaan di dalam negara adalah 31,818, menurut laman COVIDNOW.

Mengikut pecahan negeri, Melaka, Pahang dan Selangor mencatat dua kematian diikuti Kelantan, Sabah dan Terenggani masing-masing dengan kekal satu kes kematian.

Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Penang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tiada kematian.

Semalam sebanyak 16 kematian dilaporkan akibat Covid-19.-MalaysiaGazette