KUALA LUMPUR – Bank Rakyat menawarkan pulangan tunai 5% menerusi kempen Petrol Khamis! (Fuel Thursday!) bagi pelanggan yang berbelanja menggunakan kad kredit-i Bank Rakyat untuk setiap transaksi pembelian petrol dan barangan lain di mana-mana stesen minyak di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat boleh menikmati tawaran ini pada setiap hari Khamis bermula pada 13 Januari sehingga 5 Mei 2022.

”Lebih menarik, bagi setiap transaksi yang dilakukan, tiada perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk menikmati manfaat pulangan tunai ini. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak pulangan tunai yang menanti anda.

”Bagaimanapun, pembelian yang dilakukan di stesen minyak tersebut mestilah barangan patuh Syariah,” katanya sambil menambah penyertaan bagi kempen ini juga adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.

Kesemua pulangan tunai akan dikreditkan pada kitaran penyata bulanan yang berikutnya.

Manfaat pulangan tunai ini juga adalah tanpa had dan tiada had bulanan yang dikenakan sepanjang tempoh kempen berlangsung,” tambah beliau. – MalaysiaGazette