Polis melakukan soal siasat terhadap wanita yang ditahan dalam serbuan di Gentimg Highlands baru-baru ini. foto IPD Bentong

KUANTAN – Polis memberkas tiga inidividu tempatan berusia 30 tahun hingga 52 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti mengeksploitasi wanita.

Serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Genting Highlands pada Jumaat lalu pada jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendam Zaiham Mohd Kahar berkata, serbuan itu berjaya menyelamatkan empat wanita warga asing yang berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Salah seorang lelaki warga tempatan yang ditahan dipercayai menjadi dalang kegiatan maksiat itu.

Jelas Zaiham, polis juga telah merampas 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua buah kereta jenis Nissan Almeera dan Toyota Vios, serta wang tunai berjumlah RM2,156.

Selain itu, polis turut merampas enam kondom pelbagai jenis, enam  kad sim telefon dan tiga buah beg pelbagai jenama,” katanya menerusi kenyataan.

Kesemua suspek ditahan dibawah Seksyen 12, Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan telah ditahan reman sehingga 21 Januari 2022.

Ketiga-tiga suspek tersebut juga didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah.

Menurutnya, keempat-empat wanita itu telah dihantar ke rumah perlindungan yang terletak di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette