Foto- Reuters

BEIJING – Angkatan tentera China telah mengekori dan memberi amaran kepada sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang memasuki perairan berhampiran Kepulauan Paracel di Laut China Selatan, kata, tentera negara itu hari ini.

Pemerintah Bahagian Selatan Tentera Pembebasan Rakyat berkata, kapal USS Benfold belayar ‘ secara haram’ memasuki perairan China tanpa kebenaran,  mencabul kedaulatan negara itu dengan tentera laut dan udara China menjejaki kapal tersebut.

“Kami menuntut Amerika Syarikat menghentikan tindakan provokasi seperti ini dengan segera, jika tidak ia akan menanggung akibat serius daripada kejadian yang tidak dijangka,” tambahnya.

Tentera Laut AS berkata, USS Benfold ‘mempunyai hak dan kebebasan pelayaran di kawasan berhampiran Kepulauan Paracel, yang mana ia konsisten dengan undang-undang antarabangsa.

“Pada akhir operasi, USS Benfold menafikan dakwaan yang melampau dan meneruskan operasi di Laut China Selatan,” kata jurucakap Angkatan ke-7, Mark Langford.

AS kerap kali melaksanakan apa yang disifatkannya sebagai kebebasan misi pelayaran di Laut China Selatan bagi menyaingi tuntutan China di wilayah itu. – Reuters