KUALA LUMPUR – Seramai 1,010 anggota polis akan dikerah memantau operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dikenakan tindakan undang-undang, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, semua anggota polis yang ditugaskan esok terdiri daripada Kontinjen Kuala Lumpur dan Bukit Aman.

Dalam masa yang sama mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk menghalang mana-mana pihak mengadakan perhimpunan di tiga lokasi di ibu negara selama tujuh hari bermula semalam.

Tiga lokasi berkenaan adalah Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek.

“Ini demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta kesihatan umum. Semua lapisan umum harus memahami betapa pentingnya untuk kita bersama-sama mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

“Sehubungan dengan itu, polis tidak akan bertolak ansur dengan mana–mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan, dan akan mengambil tindakan tegas di dalam perkara ini,” katanya dalam sidang media, pada hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast