Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1,2,3, PKPD dimulakan pada 2 Februari lalu dijangka tamat pada 15 Februari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang Felda Kechau 6 dan Ladang Felda Kechau 9 di Mukim Kechau, Lipis, Pahang akan dilaksanakan mulai esok.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di kedua-dua lokaliti terbabit.

Menurut kenyataan menerusi laman Facebook malam tadi, beliau berkata, PKPD di lokaliti itu dijadualkan tamat pada 4 Februari depan.- MalaysiaGazette