Kementerian Kesihatan Jepun hari ini meluluskan penggunaan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun. Foto The Jiji Press - Gambar hiasan.

TOKYO – Kementerian Kesihatan Jepun hari ini meluluskan penggunaan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun ketika negara itu bergelut dengan peningkatan jumlah kes Covid-19.

Pelancaran vaksin untuk lapan juta kanak-kanak yang layak dalam kumpulan umur itu akan bermula bulan Mac ini.

Vaksin Pfizer yang dibangunkan oleh gergasi farmaseutikal A.S. dan rakan kongsinya dari Jerman, BioNTech SE pada masa ini tersedia kepada mereka di Jepun bagi berumur 12 tahun ke atas.

‘Kami ingin menjelaskan dengan teliti keselamatan vaksin dan memulakan inokulasi secepat mungkin kepada mereka yang ingin menerimanya,’ kata Noriko Horiuchi semasa taklimat akhbar, menteri yang bertanggungjawab mempromosikan pelancaran vaksin.

‘Adalah satu perkara yang besar untuk mempunyai pilihan inokulasi apabila sesetengah kanak-kanak dijangkiti strain Omicron,’ tambahnya.

Komen Horiuchi dibuat kerana sesetengah ibu bapa telah menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan kesan sampingan jika mereka memberi vaksin kepada anak-anak mereka.

Sementara itu, perdebatan berterusan dalam kalangan beberapa pakar kesihatan sama ada kanak-kanakĀ  perlu diberi vaksin kerana mereka tidak mungkin mengalami gejala serius jika mereka dijangkiti.

Pegawai dari panel kementerian kesihatan berkata, dos vaksin untuk mereka yang berumur lima hingga 11 tahun mengandungi satu pertiga daripada dos dewasa dengan bahan aktif adalah sama.

Walaupun keberkesanannya terhadap varian Omicron belum dapat disahkan, ujian klinikal oleh Pfizer untuk vaksinasi kumpulan umur kanak-kanak menunjukkan bahawa ia lebih 90.7 peratus berkesan dalam mencegah pandemik.- Xinhua