Tendang gelandangan
Video tular menunjukkan seorang lelaki menendang gelandangan.

KUALA LUMPUR – Polis telah menjalankan pengesanan ke atas lelaki yang menendang  gelandangan di hadapan pusat beli-belah Lot 10 di Bukit Bintang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejaidan ini untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan satu video tular di media sosial yang menunjukkan seorang gelandangan ditendang di perut oleh seorang lelaki.

https://fb.watch/aHHOrpRPeF/

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan dua petugas pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan kawasan di sekitar Bukit Bintang.

Pekerja itu dibantu oleh seorang lagi lelaki yang menghulurkan barang-barang berhampiran gelandangan tersebut sambil diperhatikan oleh seorang lagi lelaki berseluar jeans dan berjaket dengan dengan mengenakan tag nama. – MalaysiaGazette

Video gelandangan ditendang tular