KUALA LUMPUR – Satu video seorang lelaki dipercayai gelandangan ditendang diperut tular hari ini.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan dua petugas pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan kawasan di sekitar Bukit Bintang.

Pekerja itu dibantu oleh seorang lagi lelaki yang menghulurkan barang-barang berhampiran gelandangan tersebut sambil diperhatikan oleh seorang lagi lelaki berseluar jeans dan berjaket dengan dengan mengenakan tag nama.

Tiba-tiba lelaki berseluar jeans itu bertindak menendang gelandangan terbabit.

Video tersebut dimuatnaik pelayar aplikasi Facebook Krul Nizam semalam.

Menurut Krul, kejadian dipercayai berlaku Jumaat lalu.

“Ditendang sampai terduduk…

“Kejadian pada 14.01.2022 masa lebih kurang jam 7.00 pagi,” katanya di Facebook beliau dengan membuat tanda pagar #gelandangan dan #bukitbintang.

Kejadian itu dikecam oleh warga maya yang mahu tindakan diambil ke atas lelaki tersebut.

Rata-rata mereka marah kerana lelaki gelandangan yang tidak berupaya itu dilakukan sedemikian rupa. – MalaysiaGazette