Sultan Johor,Sultan Ibrahim terima mengadap Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi.- FN Sultan Ibrahim.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Terdahulu, baginda juga berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad pada pukul 5 petang di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Pada pertemuan itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa DUN Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO setuju bubar DUN Johor, MB menghadap sultan petang ini

1 Komen

  1. Kita tengok ph parti amanah tarik diri dari mou kerajaan pn umno . Janji dun johor bubar mou batal tunggu tengok jadi ke tidak ..jangan jadi bacul

Comments are closed.