Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berinteraksi dengan keluarganya.

Anak perempuan bekas Perdana Menteri itu, Datin Marina berkata, sehingga kini bapanya masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Mewakili keluarganya, Marina mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan ayahnya.

“Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, di dalam dan
luar negara, yang telah menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan yasin dan juga orang ramai dari pelbagai agama yang
telah mengirim doa serta ucapan agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh,” katanya menerusi kenyataan, hari ini

Beliau turut berharap agar orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan oleh sumber tidak sahih mengenai kesihatan ayahnya.

Semalam beliau mengesahkan Dr M dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), di IJN lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lepas. – MalaysiaGazette