Seramai 10,701,460 individu atau 45.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini menerima dos penggalak vaksin Covid-19 sehingga semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 10,701,460 individu atau 45.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini menerima dos penggalak vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW memberitahu, seramai 22,915,836 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka manakala 23,193,511 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,780,413 individu atau 88.3 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,864,161 individu atau 91.0 peratus daripada populasi itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

“Secara keseluruhannya, jumlah yang sudah lengkap dos penggalak vaksin Covid-19 adalah 10,701,406 atau 32.8 peratus manakala mereka yang lengkap dua dos adalah seramai 25,696,249 orang atau 78.7 peratus dan mereka yang menerima satu dos vaksin ialah 26,057,672 atau 79.8 peratus.