Datuk Seri Mahdzir Khalid. Foto AMIRUL SHAUFIQ.

GUA MUSANG – Kebenaran kepada guru tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terlibat dalam politik dilihat tidak akan menimbulkan banyak masalah kerana ianya telah diamalkan sebelum ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, hal ini kerana guru dan penyelia Kemas bukanlah daripada kategori gred DG berbanding guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mempunyai struktur perjawatan yang membabitkan jawatan di peringkat pengurusan.

“Sebenarnya dari dahulu lagi guru-guru boleh terlibat dengan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, isu pembabitan guru dalam politik bukanlah perkara baharu sama ada berpihak kepada kerajaan atau parti pembangkang.

Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan guru sekolah di seluruh negara serta petugas Kemas dibenarkan untuk berpolitik, berkuat kuasa serta-merta. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast