The Director of Bukit Aman Narcotics Crime Investigation Department (NCID), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay showing the pictures of Operasi Tapis Khas (Special Screening Operation) at the Bukit Aman Police Headquarters in Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 JANUARY 2022
The Director of Bukit Aman Narcotics Crime Investigation Department (NCID), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay showing the pictures of Operasi Tapis Khas (Special Screening Operation) at the Bukit Aman Police Headquarters in Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 JANUARY 2022. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar operasi pada sidang media mengenai kejayaan narkotik dalam Operasi Tapis Khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Seramai 76 remaja antara 5,200 penagih  dicekup dalam Op Tapis Khas yang dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di seluruh negara baru-baru ini.

Dua orang remaja berusia 13 tahun merupakan penagih dadah manakala selebihnya berusia 14 hingga 18 tahun dan sebilangan daripadanya juga tokan dadah.

Malah 10 daripadanya dikenal pasti pelajar sekolah ditangkap di Selangor (2) Kelantan,3, Pahang 2, dan Negeri Sembilan 3 sementara 66 lagi tidak bersekolah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurutnya, operasi khas itu dijalankan serentak selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Januari lalu di seluruh negara dengan kerjasama JSJN kontinjen negeri-negeri.

“Hasil Op Tapis Khas ini kita berjaya menahan dan memeriksa seramai 5,446 penagih sebelum seramai 5,200 daripadanya termasuk 213 wanita ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah dan kesemua berusia 13 hingga 60 tahun manakala 129 daripadanya warga asing.

“Mengikut pecahan suspek yang ditangkap itu, seramai 942 suspek merupakan tokan dadah diikuti 2, 893 orang adalah penagih sementara 201 orang lagi adalah individu sangat dikehendaki atas pelbagai kesalahan.

“Justeru kita juga berjaya merampas dadah pelbagai jenis seberat 212.6 kilogram dan 1,199.2 liter cecair dadah anggaran bernilai RM3.587 juta (RM3,587,324.35),” katanya dalam sidang media khas kejayaan itu di sini hari ini.

Mengikut pecahan jenis dadah yang dirampas melibatkan heroin 5.01 kilogram (kg); syabu (30.2 kg); ketamin (4.56 kg); ganja (53.42 kg); pil eramin (5 11.8 kg); pil yaba (1.57 kg); serbuk ekstasi (4.93 gram); daun ketum (106.04 kg); pil psikotriopik (31.40 gram); air ketum (974.74 liter) dan cecair kokain sebanyak 224.47 liter.

Pihaknya juga, kata Ayob Khan juga telah merampas sepucuk revolver serta tiga butir peluru dari suspek dadah yang dicekup dalam operasi di Perak, selaras senapang buatan sendiri serta empat butit peluru di  Sarawak dan selaras senapang buatan sendiri di Negeri Sembilan.

Selain itu  JSJN juga dalam operasi sama telah menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM2.392 juta iaitu wang tunai berjumlah (RM333,766); barang kemas (RM41,540; 34 kereta (RM1.580 juta); 69 buah motosikal (RM391,700) dan sebuah lori bernilai RM45,000.

Ujar beliau, objektif operasi khas bertujuan mengesan dan menangkap tokan dadah, memusnahkan port penagihan dadah, mengambil tindakan ke atas penagih tegar, mengesan dan menangkap individu dikehendaki ke atas kesalahan dadah dan mengambil tindakan pencegahan ke atas pengedar yang dikenal pasti.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A (2), 39A(1), Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Setelah perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah bersetuju agar Op Tapis Khas dilancarkan sebulan sekali selepas ini,” katanya.

Menurut Ayob Khan, program jihad dadah itu diharap memberi impak membanteras ancaman dadah dalam kalangan masyarakat lebih berkesan.

“Saya berharap masyarakat akan terus bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka menerusi talian hotline JSJN di 012-208 7222.

“Kita mahu konsisten dalam membuat operasi, tidak mahu tiga, empat bulan sekali. Sarang penagihan dadah ini juga kadang-kadang berpindah randah sebab itu kita membuat operasi secara berterusan,” tegasnya.

Katanya, seramai 2, 696 pegawai dan anggota JSJN telah terlibat dalam operasi khas berkenaan dan melibatkan serbuan terhadap sebanyak 367 sarang penagih dadah telah digempur dan dimusnahkan polis yang mana Selangor paling tinggi iaitu sebanyak 69 port dadah dan Sabah pula sebanyak 57 port.- MalaysiaGazette