Pengguna laman sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram di Malaysia dilaporkan mengalami gangguan pada pukul 3 petang tadi.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengguna laman sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram di Malaysia dilaporkan mengalami gangguan pada pukul 3 petang tadi.

Laman sesawang pengesanan gangguan Downdetector.com menerima 3,750 laporan daripada pengguna WhatsApp, 2,593 audan daripada pengguna Facebook dan 1,178 laporan mengenai masalah akses di Instagram.

Pengguna yang tidak berhadapan gangguan di Twitter menggunakan laman sosial itu untuk meluahkan perasaan dengan menggunakan tanda pagar #facebookdown.

WhatsApp, Instagram and Facebook is currently down again guys. Thank God we still got Twitter (WhatsApp, Instagram dan Facebook hadapi gangguan lagi guys. Alhamdulillah masih ada Twitter),” ciap Assila Nabila.

Twitter is like a decent wife who always waits for you home, no complaints even she knows you back home cause your new love left you. #facebookdown. (“Twitter ibarat isteri yang baik yang sentiasa menunggu awak di rumah, tiada keluhan malah dia tahu awak pulang ke rumah sebab cinta baru awak pergi meninggalkan awak. #facebookdown),” kata Luke Sun.

Bagaimanapun media sosial berkenaan kembali pulih selepas satu jam kemudian.- MalaysiaGazette