SUBANG – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang masih di bawah pengawasan pengurusan dan operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) walaupun cadangan untuk menswastakannya masih dalam perbincangan.
Menurutnya, sebarang modal perniagaan yang dijalankan oleh MAHB adalah berdasarkan perjanjian operasi di antara kerajaan dengan syarikat tersebut.
“Setakat ini, MAHB masih diberi kuasa untuk menguruskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan tiada sebarang perubahan.
SKS Airways menawarkan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Jan, Subang ke Pulau Redang bermula 31 Jan dan ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.
Dengan bermulanya tiga laluan berkenaan, sebanyak 12 penerbangan dijadualkan setiap hari pada kapasiti penuh 228 penumpang dengan menawarkan tambang termasuk semua sebanyak RM160 sehala. – MalaysiaGazette