Mohamad Firdaus dikehendaki SPRM Perlis bantu siasatan kes di Perlis

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes.

Suruhanjaya itu mencari Nur Hazirah Mohamad Yusup, 32, dengan alamat terakhir di No. 38 Persiaran Taman Meru 16, Taman Meru 2C Jelapang, Ipoh, Perak.

Nur Hazirah yang sedang dikesan SPRM bagi membantu siasatan di Perlis

Sementara itu, individu kedua yang sedang dikesan SPRM ialah  Mohamad Firdaus Ab. Rashid, 40, di alamat 7251 Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu PPs Mohd. Shahril Md. Shariff di talian 04-9761982. – MalaysiaGazette