water pipe burst Section 15 Shah Alam water disruption cut Air Selangor
Among the areas in Petaling that are affected by the water disruption. Antara kawasan yang terjejas bekalan air.

SHAH ALAM – Sebanyak 142 kawasan dalam daerah Petaling dan Klang dijangka mengalami masalah bekalan air hari ini ekoran kejadian paip pecah di Seksyen 15.

Air Selangor dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini, memaklumkan kejadian itu berpunca daripada kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga semalam.

Kawasan Petaling yang terjejas bekalan air.

Berikutan itu, Air Selangor menjalankan kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah itu bermula pukul 3 petang ini.

“Kerja pembaikan akan menyebabkan berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di 142 kawasan di Wilayah Petaling dan Klang.

Kawasan Klang yang mengalami masalah bekalan air.

“Kerja ini dijangka siap sepenuhnya kira-kira pukul 3 pagi ini (27 Januari 2022) dan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna selepas kerja pembaikan siap.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” kata kenyataan itu.

Sepanjang tempoh itu, Air Selangor menggerakkan lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal sebagai bantuan alternatif.

Bekalan air terputus di Kawasan Klang

“Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori tangki,” katanya.

Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – MalaysiaGazette