Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan wang tunai bernilai RM353,723.81 dan wang RM75,846.82 milik syarikat Nine Nine International milik isteri kepada Datuk Addy Kana yang didakwa hasil aktiviti haram dilucuthak dan menjadi milik kerajaan.

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang broker bagi membantu siasatan kes dokumen mengandungi butir matan palsu kontrak perolehan enam buah kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Majistret Shah Wira Abdul Halim telah memerintahkan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 30 Januari bagi siasatan butir matan palsu yang dianggarkan bernilai RM24 juta.

Suspek lelaki berusia 62 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 9.30 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan dan dibawa ke mahkamah pagi ini.

Mengikut sumber SPRM, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Isnin lepas, SPRM telah menahan dua ketua pegawai eksekutif syarikat susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam kapal LCS oleh Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Ini berikutan tindakan Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Untuk makluman projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak sekitar 2013. -MalaysiaGazette

SPRM temui petunjuk baharu siasatan kontrak perolehan LCS, dua CEO ditahan