worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR –  Status terkini kes Covid-19 di Malaysia sehingga jam 12 tengah hari tadi menunjukkan trend peningkatan dengan 4,744 kes dilaporkan.

Angka itu menunjukkan kenaikan sebanyak 678 kes baharu berbanding semalam hanya 4,066.

Malah, kes jangkitan yang dilaporkan hari ini tertinggi dalam 47 hari, sejak 10 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 429 kes import melibatkan 289 warganegara dan 140 bukan warganegara.

Bagaimanapun, katanya, daripada 4,744 kes harian itu, hanya 30 kes atau 0.6 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala selebihnya, 4,714 kes atau 99.4 peratus lagi kategori 1 dan 2.

Kes sembuh yang direkodkan ialah 3,646 kes (2,766,254 kes kumulatif, 97.2 peratus), diikuti kes tempatan sebanyak 4,315 kes [4,112 warganegara (95.3%), 203 bukan warganegara (4.7%)].

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi ialah 129 kes (110 kes disahkan Covid-19) 19 pula kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula hanya 72 kes (48 kes disahkan Covid-19; 24 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi jumlah kluster, kata Dr. Noor Hisham, sebanyak 6,349 kluster dilaporkan iaitu 21 kluster baharu, 6,090 kluster yang telah tamat dan 259 kluster aktif.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Data akan dikemaskini pada jam 12 tengah malam setiap hari. – MalaysiaGazette