new record Covid-19 booster dose daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jumlah jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dengan hari ini sebanyak 5,439 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 2,850,408 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW.

Semalam, status kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan dengan 4,744 kes dilaporkan.

Angka itu merupakan kenaikan 678 kes baharu berbanding 4,066 kes yang direkodkan kelmarin.

Data akan dikemaskini pada pukul 12 tengah malam setiap hari. – MalaysiaGazette